Adakah anda suka untuk menyampaikan maklumat serta perkongsian melalui penulisan? Tidak semua orang suka menghasilkan kandungan di blog melalui penulisan bukan? Ada beberapa sebab yang membuatkan seseorang memang benci menulis, dan antara alasannya ialah mereka tidak suka menaip, tidak gemar mengarang (sejak zaman sekolah kurang minat) dan paling utama memang tiada idea bila mahu menulis.
Namun adakah anda perasan bahawa individu yang kurang gemar dalam penulisan ada kreativiti bilamana mereka berdepan dengan kamera? Jika andalah orangnya, maka mengapa tidak menggunakan kelebihan anda dalam menyebarkan maklumat melalui video? Ini lebih di panggil kepada vlogger (video + blogger).
Melalui rakaman video, anda juga boleh menghasilkan kandungan blog yang berkualiti. Jadi artikel ini saya tulis untuk memberi beberapa panduan buat anda bagi menghasilkan rakaman video yang bagus untuk blog anda.
Tips 1 : Guna rakaman video berkualiti HD
Memang tidak di nafikan, rakaman video yang mempunyai kualiti HD amat di sukai oleh ramai penonton. Jika anda mahu menyampaikan perkongsian pendapat tentang satu-satu isu semasa, dan menggunakan perakam video yang berkualiti rendah, ada kemungkinan video anda kurang enak untuk di tonton.
Oleh itu, pastikan rakaman video anda kelihatan bagus dengan kualiti yang tinggi. Kebanyakan smartphone versi terkini pun sudah berupaya merakam video dalam kualti HD.
Tips 2 : Lontarkan suara dengan jelas
Jika anda menggunakan mikrofon untuk bercakap di hadapan kamera, gunakan suara yang jelas. Ada banyak individu yang ketika mana bercakap di hadapan kamera, suara mereka tenggelam timbul dan ini menyukarkan para penonton untuk mendengar setiap butir bicara si perakam.
Kedua, gunalah mikrofon yang berkualiti tinggi. Ada banyak mikrofon untuk rakaman yang mempunyai kualiti bagus di pasaran. Bilamana alat yang anda gunakan berkualiti maka hasil video anda juga akan kelihatan lebih menarik.
Tips 3 : Rakam di tempat yang khusus
Saya pernah membeli beberapa DVD pembelajaran dari beberapa penjual. Jika dahulu banyak maklumat di sampaikan dalam bentuk PDF dan sekarang ia banyak di sampaikan melalui video.
Sayangnya rakaman yang di jalankan penjual tersebut kurang bagus dan adakalanya bunyi kereta, ayam dan anak kecil kedengaran di belakang. Oleh itu bilamana anda mahu membuat recording, anda boleh melakukannya di tempat yang khusus seperti bilik tidur anda dan pastikan tiada orang yang akan datang menggangu.
Tips 4 : Lakukan dengan pencahayaan yang bagus
Jika anda lakukan rakaman di dalam ruang rumah, pastikan pencahayaan kelihatan bagus. Tips ini anda boleh ikut jika rakaman video anda menyertakan anda untuk berada di depan kamera.
Namun jika anda hanya merakam suara beserta dengan slide yang di sertakan bersama power point, maka tips ini boleh anda abaikan. Mungkin tips ini tidak penting namun rakaman dengan pengcahayaan yang betul juga boleh membantu video anda kelihatan lebih cantik. Jika tidak, selepas rakaman video, anda perlu edit semula kecerahan video anda.
Tips 5 : Editing
Edit video anda mengikut keperluan yang anda. Contohnya, anda mahu buat rakaman video tentang cara buat duit dengan ebay. Anda mungkin mahu meletakkan beberapa screen shot yang berkaitan, maka anda boleh adjust video anda dengan menggunakan beberapa software khas untuk mengedit video.
Jika ada antara laman web yang boleh anda masukkan ke video anda, maka anda boleh menambah elemen teks dan beberapa ciri-ciri tambahan lain.
Penutup:
Jika anda tidak berminat untuk menulis dalam membangunkan blog anda, maka mengapa tidak focus kepada pembangunan kandungan dalam bentuk video?
Jika di ikutkan, penerangan melalui video akan menarik perhatian ramai orang dan jika anda mahu berniaga di internet dengan menjual ebook sebagai contoh, rakaman video dengan paparan wajah anda akan memberi kesan yang lebih besar kepada prospek.
Oleh itu, jika anda tiada idea untuk menulis dalam menyampaikan sesuatu maklumat, info dan pembelajaran, mungkin anda boleh menggunakan video sebagai salah satu alternatif baru yang sedikit unik. Semoga berjaya !