Buat duit affiliate dengan teknik asas

Banyak cara yang di gunakan oleh IM untuk buat duit affiliate.

Tahukan anda dengan teknik asas anda sebenarnya boleh dapat
'income' dari affiliate?

Teknik ini telah saya gunakan dalam tempoh 3 bulan sahaja
secara part time untuk affiliate.







Skrin shot di atas adalah hasil menggunakan teknik asas sahaja untuk buat
affiliate program.Dan anda perlu tahu di mana tempat yang betul untuk anda 
mendapat jualan.

Dalam teknik ini juga, anda akan tahu bagaimana untuk memasarkan produk anda
atau link affiliate anda secara percuma, 

Video tutorial di tunjukkan langkah demi langkah bagaimana untuk bermula.

ketahui Teknik Asas ini Sekarang!




Headline


Tahukah anda kenapa headline begitu penting?


Apa itu headline? Headline adalah tajuk besar bagi surat jualan anda, atau merupakan tajuk kepada artikel anda jika anda menulis blog. 


Ambil contoh gerai di pasar malam tadi, anda boleh pekik, laung atau jerit... atau anda boleh upah awek cun jadi jurujual untuk tarik pelanggan datang dekat ke gerai anda. kalau pekerja anda awek cun, mungkin prospek akan singgah dan bertanya apa kuih yang ada dan sebagainya. 


tapi di internet, anda tiada kelebihan tersebut(awek cun sebagai jurujual). anda cuma ada kata-kata... dan anda perlu ada headline yang cukup bagus untuk menarik perhatian pembaca.


kenapa headline ini sangat penting adalah kerana ia adalah bahagian yang pertama sekali dilihat apabila pelawat melawat website yang terdapat surat jualan anda, atau artikel di blog anda. 


Ini adalah bahagian yang membolehkan pembaca memilih sama ada meneruskan pembacaan keseluruhan surat jualan anda atau artikel anda. Sekiranya mereka memilih untuk tidak meneruskan pembacaan, anda KONFIRM tak dapat pembeli, tetapi jika headline anda bagus, mereka akan tertarik untuk membaca keseluruhan surat jualan anda. 


Teori dan praktikalnya, dan secara logiknya, semakin ramai pembaca yang membaca surat jualan atau artikel anda sampai habis, semakin cerah peluang anda mendapat pembeli! Setuju? Dan untuk menulis headline yang bagus, ada caranya.




Menulis headline yang mempersona

Bagaimana menulis headline yang mempersona,

Walaupun anda buta tatabahasa?

Di sini tiada cikgu grammar :p
Straight to the point –>

Cungkil sifat ingin tahu prospek.

Sifat ingin tahu manusia – secara fitrahnya – adalah satu daripada emosi terkuat yang boleh digunakan untuk menarik perhatian dan membuat prospek terpersona.
Tujuan utama headline adalah supaya prospek membaca apa yang ada di bawah headlinetersebut. Boleh jadi arahan selanjutnya, boleh jadi perenggan seterusnya.
Ada dua teknik untuk menyungkil rasa ingin tahu.
  1. Tanya soalan;
  2. Gunakan perkataan-perkataan yang menimbulkan rasa ingin tahu:
    1. Menakjubkan
    2. Rahsia
    3. Rahsia Besar
    4. Pendedahan
    5. Rare/Ganjil
    6. Sukar dipercayai
    7. Jangan…
    8. Larangan
    9. Baru
    10. Bagus
    11. Mengejutkan
    12. Luar Biasa
    13. Mudah/ Paling mudah
    14. Tersembunyi
    15. Istimewa
    16. Ketahui…
    17. Bagaimana nak…
    18. Macam mana nak…
    19. Misteri
    20. Paling
    21. Khas / Khusus
    22. ____ (nombor) cara untuk…
    23. Sebenarnya / Kebenaran
    24. Satu-satunya
    25. Lebih baik dari…

Elemental
Seperti teknik headline biasa, teknik headline mempersona menambah satu lagi elemen – iaitu membina rasa ‘saspen’ sesuai dengan keadaan/keinginan prospek, dengan memberi bayangan/klu tentang sesuatu yang boleh dia percaya, sedangkan pada masa yang sama perkara tersebut kedengan seperti hampir mustahil.
Contoh:
Produk – makanan menguruskan badan (kekacang):

  1. Mahu kuruskan badan? Teruskan pembacaan…
  2. Gemuk gedempol? Sukakan kacang? Anda pasti sukakan ini. Teruskan pembacaan.
  3. Hilang 4kg dengan makan kacang. Teruskan pembacaan.
  4. Cara berkesan untuk hilang 4 kg dalam masa seminggu – MAKAN KACANG! Teruskan pembacaan.
Antara ke empat-empat di atas, yang manakan yang paling menarik perhatian anda?
Saya memilih contoh ke-4.


Dua langkah mudah

Bila kita menulis headline untuk menjual sesuatu, pastikan kita:
  1. Tarik perhatian
  2. Kuatkan rasa ingin tahu
Bagaimana nak tarik perhatian? Tiada jalan lain, melainkan kita kenal pelanggan. Bina avatar pelanggan. Dengan itu, kita akan tahu apa yang pelanggan minat dan suka. Dengan itu, kita boleh tanya soalan yang relevan kepada prospek dan pelanggan.
Iklan skydiving mungkin tidak sesuai untuk guru pondok. Iklan daurah hadis juga mungkin tidak sesuai untuk movie-goers.
Kenali pelanggan, tahu apa sakit mereka, masalah mereka, keinginan mereka. Gunakan bersama perkataan-perkataan ‘ingin tahu’ dalam headline.

Bagaimana pula nak kuatkan rasa ingin tahu prospek?
  • Kita kuatkan rasa ingin tahu pelanggan dengan menyembunyikan atau mengaburkan produk kita.
  • Beritahu apa yang produk kita buat, tapi jangan sekali-kali dedahkan apa produk kita di headline.
Kita mahu prospek teruskan pembacaan setelah baca headline kita.



Contohnya:
“Jadi jutawan dengan produk yang semua orang PERLU dan SUKA – walaupun anda tidak pandai menjual”

Dalam struktur ayat di atas, kita telah melakukan tiga perkara:
  1. Tarik perhatian – pelanggan ingin jadi jutawan
  2. Cungkil rasa ingin tahu – apa produknya?
  3. Unsur saspen – walaupun tidak pandai?
Dan semua ini hanya boleh dibuat bila kita faham kesakitan, kemahuan dan masalah prospek.


Semoga membantu :)




Tajuk adalah segalanya.


Samaada anda buat landing page atau sales page, tajuk adalah perkara yang akan menentukan audiens membaca atau tidak post anda. Banyak kandungan yang terdapat di blog yang tidak diendahkan atau dibaca kerana ia bersemunyi disebalik tajuk yang ‘biasa-biasa’ saja.



Saya harap tips ini akan dapat membantu anda meningkatkan kemahiran anda mencipta tajuk yang hebat. Mari kita mulakan.

Jangan Kelirukan Audiens Anda 


Minda yang keliru akan cenderung berkata TIDAK. Kesederhanaan adalah kunci apabila membuat tajuk yang berkesan. Sebagai contoh, seseorang bertanya kepada saya apa yang saya fikir tentang menambah hashtags ke dalam tajuk. Bolehkah anda bayangkan cuba untuk membaca sesuatu seperti ini:

6 Tips Untuk #Meningkatkan Audiens di #Twitter, #Facebook & #YouTube Selain ianya tidak mudah dibaca, ia juga kelihatan spammy.


Jauhkan diri dari apa-apa yang mungkin mengelirukan audiens anda dan anda akan selamat.

Pastikan Ia Menggambarkan Faedah 


Semua orang sentiasa mencari stesen radio kegemaran mereka apabila mereka browse satu-satu blog. What’s In It For Me – W.I.I.FM. Tugas anda adalah untuk menarik audiens dengan mewujudkan kandungan yang memberi faedah kepada mereka dan tajuk anda harus mencerminkannya.


Anda boleh mencapai ini dengan menambah “Bagaimana Untuk ..”, “Cara Untuk ..” atau “Mengapa” di hadapan tajuk anda.

Anda harus meletakkan kesungguhan yang sama seperti anda menulis kandungan anda. Fikirkan apa yang mereka akan dapat apabila membaca post anda.Bayangkan harapan dan kesukaran mereka dan bagaimana kandungan anda dapat mendekatkan lagi dengan apa yang mereka mahukan.

Nombor Selalunya Berkesan 


Inilah sebabnya saya menggunakan tajuk ini. Tidak setiap tajuk saya tulis menggunakan nombor, tetapi saya hampir dapat menjamin kejayaan post apabila saya menggunakan cara ini. Kenapa ia berfungsi dengan baik? Mudah. Senarai tajuk berjaya kerana ia membuat janji yang sangat khusus dari apa yang pembaca akan dapat sebagai balasan untuk masa mereka.

  • 6 Cara..
  • 6 Rahsia..
  • 6 Tips.. 
  • 6 Sebab.. 
  • 6 Jenis 

Semua ini adalah cara yang baik untuk memulakan tajuk yang akan berkongsi faedah dengan pembaca dan akan memaksa mereka untuk klik, baca dan share.

Jadikan Ia sangat menarik 


Kita telah bersetuju bahawa tajuk yang hebat mengandungi faedah besar untuk pembaca, tetapi bagaimana anda membuat ianya mustahil untuk ditolak. Anda boleh menambah rasa ingin tahu. Cipta tajuk yang mewujudkan satu pemikiran yang tidak lengkap di dalam fikiran mereka. Anda mahu mereka bertanya soalan yang perlu dijawab.


Ini akan menarik mereka untuk pergi dari tajuk ke kandungan untuk mencari jawapannya. Jika pembaca berpuas hati, maka kandungan anda akan dikongsi.


Pendek Dan Menarik 


Tajuk yang panjang juga berkesan, tetapi jika anda baru belajar bagaimana menulis tajuk, buat tajuk yang pendek yang anda boleh baca dengan satu nafas.

Jadi…


Jika anda fikir tajuk untuk post ini hebat, berkongsilah dengan followers dan rakan anda diTwitter dan Facebook…dan berikan pendapat anda dibawah.


Semoga Membantu :)

Cara Mudah dan Percuma Buat Banner HTML

Siapkan sejumlah gambar / file (tipe file : jpg, png, bmp, disarankan  gunakan JPG atau PNG) anda dengan ukuran yang sama. Ukuran Banner rata-rata 125x125, 150x150, 300x250, 468x60 atau 728x90. Pilihlah salah satu ukuran banner tersebut. Misalnya anda ingin membuat banner animasi ukuran 125x125, anda harus menyediakan sejumlah gambar yang berukuran 125x125 juga dan harus sama.

Contoh membuat banner animasi ukuran 125x125. Sebaik-baiknya menyiapkan gambar /file sebanyak 3 buah yang sederhana, dengan ukuran yang sama untuk membuat banner animasi.






Layari laman web http://Picasion.com, lalu akan muncul  gambar seperti di bawah ini.




No. 1 : Masukkan file gambar yang telah kita sediakan tadi satu persatu

No. 2 : Ukuran gambar animasi yang akan kita buat (sesuaikan dengan ukuran gambar yang dimasukkan pada No.1) / Hasil akhir dari gambar animasi

No. 3 : Pilihlah kecepatan pergerakan banner animasi yang akan kita buat.

No. 4 : Klik Create animation apabila langkah No.1 sampai No. 3 sudah yakin. (lihat gambar di bawah)



Setelah cara no 2 diatas sudah siap, maka tunggu sejenak.

Selanjutnya akan muncul gambar seperti di bawah ini.



Anda akan ditawarkan oleh Picasion beberapa hal pilihan. Apakah anda mahu menggunakan link yang mereka tawarkan atau anda menyimpan file gambar/banner animasi yang baru saja anda buat. Sebaiknya anda simpan file banner animasi tersebut ke dalam komputer anda.


Pilih atau Klik Save this animation (lihat panah merah di atas). Tunggu sejenak maka file banner animasi anda akan tersimpan.

Selesai. 



Semoga membantu Anda :)













Cara kumpul list


Hari ini sesiapa yang selalu mengiklankan produk di Facebook semakin risau kerana Facebook semakin tegas tentang pengiklanan.
Jadi apa pilihan anda? Bagi saya email marketing adalah cara yang terbaik jika anda menjalankanbisnes online. Kumpulkan list email sekarang, cepat! Esok lusa entah apa yang akan Facebook buat pulak.
Cara kumpul email list – cara saya:
1. Dapatkan atau bina squeeze page
2. Langgan autoresponder
3. Berikan freegift yang menarik atau tulis ebook berkaitan niche anda.
4. Buat banner yang diletakkan di blog anda dan disambungkan dengan squeeze page.
5. Buat banyak squeeze page, jangan bina satu saja.
Itulah cara kumpul email list yang saya amalkan.









Kecewa Sebab Gagal Buat Duit Di Internet? Dapatkan 5 Penawar Disini!

Kecewa Sebab Gagal Buat Duit Di Internet? Dapatkan 5 Penawar Disini!


Tidak semua jalan-jalan dan liku yang di lalui oleh seorang usahawan internet itu mudah. Jika anda tanya kepada ramai usahawan internet yang berjaya, pasti mereka akan ceritakan satu per satu kesusahan mereka alami bermula dari tiada modal sehinggalah menghadapi kerugian mencecah ribuan ringgit.

Jika anda berada dalam situasi terumbang-ambing dengan pendapatan bisnes online anda, sekejap naik sekejap turun, sekejap ada  sekejap tiada, atau mungkin apabila anda melakukan perkara yang sudah anda belajar namun masih belum bertemu dengan kejayaan, bersabarlah dan percayalah rezeki anda tetap ada dalam genggaman yang Maha Esa.

Untuk berdepan dengan situasi ini, artikel ini saya tulis buat anda yang sedang mengalami keresahan dek kerana bisnes online anda seolah-olah sedang “meragam”.

Tips 1 : Kembali kepada tali Allah


Ya. Bilamana kita bercakap soal rezeki, maka selayaknya kita bercakap tentang yang Maha Memberi Rezeki. Jika kita sudah menjalani usaha kita sebagai manusia iaitu mencari ilmu, action dan terus berusaha dan berusaha, namun hujungnya tetap juga setiap perancangan itu di bawah kuasa Allah s.w.t.

Bilamana anda sedang bersedih kerana usaha yang anda lakukan kurang berhasil atau hampir tiada langsung, banyakkanlah beristighfar kepada Allah dan banyakkan berdoa kepada-Nya. Ketika anda melalui situasi ini, tiada siapa yang faham perasaan anda sebagai seorang usahawan bukan?

 Jika anda berceritakan hal dan masalah bisnes online anda kepada keluarga dan sahabat, ada kemungkinan mereka akan cakap, “Kalau susah-susah sangat, berhenti jelah buat bisnes internet, cari kerja makan gaji lagi bagus!”. Anda bukan sahaja di kritik, malah impian anda untuk bergelar usahawan internet sukses juga di “tanam” hidup-hidup begitu sahaja.

Oleh itu, tenangkan hati anda untuk seketika dengan banyak ingat Allah, banyak baca al-maathurat, al-quran serta zikrullah. InsyaAllah setelah anda bertenang, anda bolehlah melakukan hal yang kedua.

Tips 2 : Salin semua perkara yang anda sudah buat


Apa kerja dan strategi yang anda sudah lakukan sebelum ini? Senaraikan dan lihat apa yang menjadi dan apa yang tidak. Jika anda lihat ada strategi yang mungkin boleh di kembangkan dengan lebih baik, fokuskan kepada strategi tersebut.

Jika ia memberi banyak kerugian maka buang ia ketepi. Dalam situasi begini, anda perlu berfikir secara realistik dan melihat apa yang OK dan apa yang TIDAK. Oleh kerana itu anda perlu bertenang terlebih dahulu sebelum merangka strategi baru.

Tips 3 : Belajar ilmu baru


Ada kemungkinan strategi yang kita lakukan tidak kena dengan bisnes yang kita jalankan. Jika si A buat duit dengan cara XX, dan apabila kita juga menggunakan cara yang sama, ada kemungkinan ia tidak sesuai dengan kita.

Bertabahlah dan terus usaha untuk mencari lubang yang baru. Ada waktunya kita tidak tahu betapa hampirnya kita dengan kejayaan namun Allah itu Maha Mengetahui. Oleh itu, tetap berusaha walau apa jua sekalipun.

Jika perlu,carilah pakar-pakar dalam bahagian tertentu untuk anda belajar dari mereka tentang strategi yang lebih baik untuk bisnes online anda.

Tips 4 : Bergaul dengan orang sama bidang


Seperti yang saya katakana di atas, jika anda salah memilih orang untuk meluahkan perasaan, maka anda seolah-olah menambahkan lagi luka yang berdarah di dada. Ia amat menyakitkan bilamana anda melalui langkah-langkah yang berat, namun mereka yang dekat di sisi seolah-olah tidak pernah melihat duka yang anda tanggung di jiwa.

Oleh itu, pilihlah rakan yang sama dalam bidang perniagaan. Jika ada mana-mana usahawan yang sedang online dan boleh untuk anda dapatkan tips, maka mesejlah mereka, bertanya khabar dan kemudian mintalah serba sedikit nasihat dari mereka. Kebanyakan usahawan internet yang sukses sangat suka memberi nasihat. Jadi usah malu-malu untuk bertegur sapa dengan usahawan-usahawan lain.

Tips 5 : Sabar, dan beri waktu


Sabar adalah ucapan yang mudah di ungkap namun sukar untuk di tanggung dalam hati anak Adam bilamana kita di hamparkan dengan dugaan. Memang benar. Namun ingatlah bahawa Allah selalu ada bersama-sama dengan orang yang sabar dan Dia hanya mengizinkan sesuatu dugaan itu berlaku sesuai dengan kemampuan kita untuk menanggungnya.

Maksudnya apa? Maksudnya, Allah sendiri positif dan yakin kita boleh lalui ujian tersebut, sebab itu kita melalui ujian itu. Yakinlah diri kita mampu untuk lalui ujian yang sedang kita alami hari ini.

Cuba bayangkan dan berfikir positif bahawa Allah sememangnya mahu memberi kejayaan tersebut kepada bisnes online kita, namun Dia mahu lihat sejauh mana kesabaran kita. Sepertimana adanya siang, ia akan berganti malam. Dugaan juga begitu.

Dia ibarat tetamu yang datang ke rumah, hari ini dia datang menyapa, kelak dia pasti akan pergi dan beransur-ansur hilang dan kemudian semua dugaan itu  akan di gantikan dengan kemudahan, kejayaan dan kebahagiaan oleh Allah s,w.t. Percayalah !

Penutup:

Ingat sekali lagi, kita di uji sesuai dengan kemampuan kita. Ya, walaupun langkah kita seolah-olah bertemu dengan dinding kiri dan kanan tanpa ada jalan keluar, di situ sentiasa ada Allah s.w.t yang menunggu kita, yang menghamparkan kasih-sayangnya untuk membantu kita.

Sedih, kecewa atau menangis kerana masih belum berjaya itu normal, kerana kita manusia biasa. Namun usah terlalu sedih seolah-olah merasakan kita ini tidak layak sukses seperti usahawan internet yang lain. Akan ada suatu masa nanti, bilamana pintu rezeki buat kita dalam bisnes ini terbuka luas untuk kita, maka ia tidak akan tertukar dengan orang lain. Bersabarlah untuk menunggu detik kejayaan itu.

“La Tahzan,InallahaMaana!”
~ Usah bersedih, sesungguhnya Allah s.w.t sentiasa berada bersama-sama dengan kita.