29 PERKATAAN MAGIK YANG ANDA HARUS GUNAKAN DALAM PEMASARAN
Pemilik bisnes online yang bijak tahu bagaimana bahasa/perkataan mempengaruhi emosi dan mendorong tindakan. Ada perkataan yang tertentu telah diuji dapat meningkatkan dan mencetuskan jualan.
Memanglah lain perkataan sesuai untuk situasi yang berbeza dan terserah kepada kebijaksanaan anda untuk memilih manakah yang sesuai untuk bisnes anda.
Bukannya susah sangat untuk mengetahuinya. Jika gerak hati anda tidak memberitahu anda, pelanggan anda akan memberitahu anda. Uji 30 perkataan magik ini dalam email, blog post, sosial media atau sales page yang anda hasilkan bagi melihat mana satu yang memberikan tindakbalas yang terbaik untuk kempen pemasaran anda.
1. Anda – Menulis seperti anda bercakap dengan pelanggan, tentang pelanggan bukannya tentang anda.
2. Sebab/kerana – Beri sebab mengapa pelanggan perlu membuat tindakan.
3. Percuma – kita semua suka benda percuma bukan?
4. Nilai – Ini bermakna pelanggan mendapatkan sesuatu berbanding kehilangan sesuatu.
5. Dijamin – Berikan pelanggan jaminan untuk mengurangkan persepsi risiko, sehingga mereka merasa bahawa mereka mempunyai segala-galanya dan tidak akan rugi.
6. Menakjubkan – Pelanggan akan bertindak balas kepada sesuatu yang luar biasa.
7. Mudah – Jadikan ia mudah untuk pelanggan bagi mengambil langkah seterusnya dalam proses pembelian dan biarkan mereka tahu bagaimana kehidupan menjadi lebih mudah dengan produk atau perkhidmatan anda.
8. Menemukan – Ini bermakna ada sesuatu yang baru dan tidak diketahui kepada pelanggan, sesuatu yang membawa manfaat tertinggi dan memberikan mereka kelebihan.
9. Bertindak sekarang – Memotivasikan langkah segera dengan tawaran masa terhad.
10. Semuanya termasuk / semua yang anda perlukan – Ini membuktikan bahawa produk atau perkhidmatan anda adalah apa yang pelanggan anda perlu beli untuk mencapai matlamat mereka.
11. Tidak perlu - Arahkan sebuah “faedah negatif,” seperti “tidak perlu risau lagi” atau “tidak perlu membayar lebih.”
12. Baru – produk atau perkhidmatan anda adalah kelebihan yang nyata dalam industri anda.
13. Jimat – Perkataan yang paling kuat untuk mempamerkan penjimatan kewangan bahkan penjimatan masa.
14. Terbukti – Mengingatkan pelanggan bahawa produk anda, perkhidmatan atau perniagaan cuba dan telah dibuktikan.
15. Selamat dan berkesan – “Terbukti” untuk mengurangkan persepsi risiko kesihatan dan kerugian.
16. Berkuasa – Biarkan pelanggan tahu bahawa perniagaan anda, produk atau perkhidmatan adalah ‘kuat’.
17. Hasil yang nyata / hasil dijamin – Pelanggan anda ingin hasil.
18. Rahsia – Tidak semua orang berjaya dan memang ada rahsia untuk berjaya. Biarkan pelanggan tahu anda boleh mendedahkan rahsia-rahsia tersebut.
19. Segera – Akses segera atau muat turun segera adalah lebih menarik daripada menunggu.
20. Bagaimana untuk – Mulakan dengan solusi agar pelanggan membaca seluruh tulisan anda.
21. Elit- Pelanggan anda adalah antara yang terbaik di dunia. Undang newbie untuk menyertai kumpulan yang sesuai.
22. Premium – Premium membantu menandakan kualiti tinggi.
23. Oleh kerana – Jika ayat pemasaran anda bina kes untuk produk anda, frasa peralihan seperti “disebabkan oleh,” “Oleh itu,” dan “dengan itu” dapat membantu memperkuat logik pembelian.
24. Banyak lagi – Adakah anda menawarkan lebih daripada pesaing anda? Biarkan pelanggan anda tahu, kerana mereka mahu tawaran yang terbaik.
25. Tawaran – Kerana pelanggan mahu tawaran hebat, ingat?
26. Tidak perlu – Cipta “win-win situation” untuk pelanggan anda.
27. Jaminan wang dikembalikan 100% – Sekali lagi, tidak ada risiko.
28. Besar – Diskaun besar atau tawaran luar biasa adalah sukar untuk menolak.
29. Kekayaan – Jika anda menjual produk dan perkhidmatan yang berkaitan dengan wang, kekayaan adalah perkataan yang wajar bagi pelanggan.
Kunci kejayaan adalah menggabungkan perkataan-perkataan menjadi frasa yang mencetuskan tindakan membeli. Sebagai contoh: “Dapatkan kesan yang nyata serta-merta – jaminan wang dikembalikan 100% – bertindak sekarang!” Kekalkan tulisan anda “short and sweet”, bermain dengan perkataan pencetus emosi dan anda akan meningkatkan pejualan produk anda.