Tajuk adalah segalanya.


Samaada anda buat landing page atau sales page, tajuk adalah perkara yang akan menentukan audiens membaca atau tidak post anda. Banyak kandungan yang terdapat di blog yang tidak diendahkan atau dibaca kerana ia bersemunyi disebalik tajuk yang ‘biasa-biasa’ saja.



Saya harap tips ini akan dapat membantu anda meningkatkan kemahiran anda mencipta tajuk yang hebat. Mari kita mulakan.

Jangan Kelirukan Audiens Anda 


Minda yang keliru akan cenderung berkata TIDAK. Kesederhanaan adalah kunci apabila membuat tajuk yang berkesan. Sebagai contoh, seseorang bertanya kepada saya apa yang saya fikir tentang menambah hashtags ke dalam tajuk. Bolehkah anda bayangkan cuba untuk membaca sesuatu seperti ini:

6 Tips Untuk #Meningkatkan Audiens di #Twitter, #Facebook & #YouTube Selain ianya tidak mudah dibaca, ia juga kelihatan spammy.


Jauhkan diri dari apa-apa yang mungkin mengelirukan audiens anda dan anda akan selamat.

Pastikan Ia Menggambarkan Faedah 


Semua orang sentiasa mencari stesen radio kegemaran mereka apabila mereka browse satu-satu blog. What’s In It For Me – W.I.I.FM. Tugas anda adalah untuk menarik audiens dengan mewujudkan kandungan yang memberi faedah kepada mereka dan tajuk anda harus mencerminkannya.


Anda boleh mencapai ini dengan menambah “Bagaimana Untuk ..”, “Cara Untuk ..” atau “Mengapa” di hadapan tajuk anda.

Anda harus meletakkan kesungguhan yang sama seperti anda menulis kandungan anda. Fikirkan apa yang mereka akan dapat apabila membaca post anda.Bayangkan harapan dan kesukaran mereka dan bagaimana kandungan anda dapat mendekatkan lagi dengan apa yang mereka mahukan.

Nombor Selalunya Berkesan 


Inilah sebabnya saya menggunakan tajuk ini. Tidak setiap tajuk saya tulis menggunakan nombor, tetapi saya hampir dapat menjamin kejayaan post apabila saya menggunakan cara ini. Kenapa ia berfungsi dengan baik? Mudah. Senarai tajuk berjaya kerana ia membuat janji yang sangat khusus dari apa yang pembaca akan dapat sebagai balasan untuk masa mereka.

  • 6 Cara..
  • 6 Rahsia..
  • 6 Tips.. 
  • 6 Sebab.. 
  • 6 Jenis 

Semua ini adalah cara yang baik untuk memulakan tajuk yang akan berkongsi faedah dengan pembaca dan akan memaksa mereka untuk klik, baca dan share.

Jadikan Ia sangat menarik 


Kita telah bersetuju bahawa tajuk yang hebat mengandungi faedah besar untuk pembaca, tetapi bagaimana anda membuat ianya mustahil untuk ditolak. Anda boleh menambah rasa ingin tahu. Cipta tajuk yang mewujudkan satu pemikiran yang tidak lengkap di dalam fikiran mereka. Anda mahu mereka bertanya soalan yang perlu dijawab.


Ini akan menarik mereka untuk pergi dari tajuk ke kandungan untuk mencari jawapannya. Jika pembaca berpuas hati, maka kandungan anda akan dikongsi.


Pendek Dan Menarik 


Tajuk yang panjang juga berkesan, tetapi jika anda baru belajar bagaimana menulis tajuk, buat tajuk yang pendek yang anda boleh baca dengan satu nafas.

Jadi…


Jika anda fikir tajuk untuk post ini hebat, berkongsilah dengan followers dan rakan anda diTwitter dan Facebook…dan berikan pendapat anda dibawah.


Semoga Membantu :)