Menulis headline yang mempersona

Bagaimana menulis headline yang mempersona,

Walaupun anda buta tatabahasa?

Di sini tiada cikgu grammar :p
Straight to the point –>

Cungkil sifat ingin tahu prospek.

Sifat ingin tahu manusia – secara fitrahnya – adalah satu daripada emosi terkuat yang boleh digunakan untuk menarik perhatian dan membuat prospek terpersona.
Tujuan utama headline adalah supaya prospek membaca apa yang ada di bawah headlinetersebut. Boleh jadi arahan selanjutnya, boleh jadi perenggan seterusnya.
Ada dua teknik untuk menyungkil rasa ingin tahu.
  1. Tanya soalan;
  2. Gunakan perkataan-perkataan yang menimbulkan rasa ingin tahu:
    1. Menakjubkan
    2. Rahsia
    3. Rahsia Besar
    4. Pendedahan
    5. Rare/Ganjil
    6. Sukar dipercayai
    7. Jangan…
    8. Larangan
    9. Baru
    10. Bagus
    11. Mengejutkan
    12. Luar Biasa
    13. Mudah/ Paling mudah
    14. Tersembunyi
    15. Istimewa
    16. Ketahui…
    17. Bagaimana nak…
    18. Macam mana nak…
    19. Misteri
    20. Paling
    21. Khas / Khusus
    22. ____ (nombor) cara untuk…
    23. Sebenarnya / Kebenaran
    24. Satu-satunya
    25. Lebih baik dari…

Elemental
Seperti teknik headline biasa, teknik headline mempersona menambah satu lagi elemen – iaitu membina rasa ‘saspen’ sesuai dengan keadaan/keinginan prospek, dengan memberi bayangan/klu tentang sesuatu yang boleh dia percaya, sedangkan pada masa yang sama perkara tersebut kedengan seperti hampir mustahil.
Contoh:
Produk – makanan menguruskan badan (kekacang):

  1. Mahu kuruskan badan? Teruskan pembacaan…
  2. Gemuk gedempol? Sukakan kacang? Anda pasti sukakan ini. Teruskan pembacaan.
  3. Hilang 4kg dengan makan kacang. Teruskan pembacaan.
  4. Cara berkesan untuk hilang 4 kg dalam masa seminggu – MAKAN KACANG! Teruskan pembacaan.
Antara ke empat-empat di atas, yang manakan yang paling menarik perhatian anda?
Saya memilih contoh ke-4.


Dua langkah mudah

Bila kita menulis headline untuk menjual sesuatu, pastikan kita:
  1. Tarik perhatian
  2. Kuatkan rasa ingin tahu
Bagaimana nak tarik perhatian? Tiada jalan lain, melainkan kita kenal pelanggan. Bina avatar pelanggan. Dengan itu, kita akan tahu apa yang pelanggan minat dan suka. Dengan itu, kita boleh tanya soalan yang relevan kepada prospek dan pelanggan.
Iklan skydiving mungkin tidak sesuai untuk guru pondok. Iklan daurah hadis juga mungkin tidak sesuai untuk movie-goers.
Kenali pelanggan, tahu apa sakit mereka, masalah mereka, keinginan mereka. Gunakan bersama perkataan-perkataan ‘ingin tahu’ dalam headline.

Bagaimana pula nak kuatkan rasa ingin tahu prospek?
  • Kita kuatkan rasa ingin tahu pelanggan dengan menyembunyikan atau mengaburkan produk kita.
  • Beritahu apa yang produk kita buat, tapi jangan sekali-kali dedahkan apa produk kita di headline.
Kita mahu prospek teruskan pembacaan setelah baca headline kita.



Contohnya:
“Jadi jutawan dengan produk yang semua orang PERLU dan SUKA – walaupun anda tidak pandai menjual”

Dalam struktur ayat di atas, kita telah melakukan tiga perkara:
  1. Tarik perhatian – pelanggan ingin jadi jutawan
  2. Cungkil rasa ingin tahu – apa produknya?
  3. Unsur saspen – walaupun tidak pandai?
Dan semua ini hanya boleh dibuat bila kita faham kesakitan, kemahuan dan masalah prospek.


Semoga membantu :)