Headline


Tahukah anda kenapa headline begitu penting?


Apa itu headline? Headline adalah tajuk besar bagi surat jualan anda, atau merupakan tajuk kepada artikel anda jika anda menulis blog. 


Ambil contoh gerai di pasar malam tadi, anda boleh pekik, laung atau jerit... atau anda boleh upah awek cun jadi jurujual untuk tarik pelanggan datang dekat ke gerai anda. kalau pekerja anda awek cun, mungkin prospek akan singgah dan bertanya apa kuih yang ada dan sebagainya. 


tapi di internet, anda tiada kelebihan tersebut(awek cun sebagai jurujual). anda cuma ada kata-kata... dan anda perlu ada headline yang cukup bagus untuk menarik perhatian pembaca.


kenapa headline ini sangat penting adalah kerana ia adalah bahagian yang pertama sekali dilihat apabila pelawat melawat website yang terdapat surat jualan anda, atau artikel di blog anda. 


Ini adalah bahagian yang membolehkan pembaca memilih sama ada meneruskan pembacaan keseluruhan surat jualan anda atau artikel anda. Sekiranya mereka memilih untuk tidak meneruskan pembacaan, anda KONFIRM tak dapat pembeli, tetapi jika headline anda bagus, mereka akan tertarik untuk membaca keseluruhan surat jualan anda. 


Teori dan praktikalnya, dan secara logiknya, semakin ramai pembaca yang membaca surat jualan atau artikel anda sampai habis, semakin cerah peluang anda mendapat pembeli! Setuju? Dan untuk menulis headline yang bagus, ada caranya.