29 PERKATAAN MAGIK YANG ANDA HARUS GUNAKAN DALAM PEMASARAN

29 PERKATAAN MAGIK YANG ANDA HARUS GUNAKAN DALAM PEMASARAN





Pemilik bisnes online yang bijak tahu bagaimana bahasa/perkataan mempengaruhi emosi dan mendorong tindakan. Ada perkataan yang tertentu telah diuji dapat meningkatkan dan mencetuskan jualan. 
Memanglah lain perkataan sesuai untuk situasi yang berbeza dan terserah kepada kebijaksanaan anda untuk memilih manakah yang sesuai untuk bisnes anda.
Bukannya susah sangat untuk mengetahuinya. Jika gerak hati anda tidak memberitahu anda, pelanggan anda akan memberitahu anda. Uji 30 perkataan magik ini dalam email, blog post, sosial media atau sales page yang anda hasilkan bagi melihat mana satu yang memberikan tindakbalas yang terbaik untuk kempen pemasaran anda.
1. Anda – Menulis seperti anda bercakap dengan pelanggan, tentang pelanggan bukannya tentang anda.
2. Sebab/kerana – Beri sebab mengapa pelanggan perlu membuat tindakan.
3. Percuma – kita semua suka benda percuma bukan?
4. Nilai – Ini bermakna pelanggan mendapatkan sesuatu berbanding kehilangan sesuatu.
5. Dijamin – Berikan pelanggan jaminan untuk mengurangkan persepsi risiko, sehingga mereka merasa bahawa mereka mempunyai segala-galanya dan tidak akan rugi.
6. Menakjubkan – Pelanggan akan bertindak balas kepada sesuatu yang luar biasa.
7. Mudah – Jadikan ia mudah untuk pelanggan bagi mengambil langkah seterusnya dalam proses pembelian dan biarkan mereka tahu bagaimana kehidupan menjadi lebih mudah dengan produk atau perkhidmatan anda.
8. Menemukan – Ini bermakna ada sesuatu yang baru dan tidak diketahui kepada pelanggan, sesuatu yang membawa manfaat tertinggi dan memberikan mereka kelebihan.
9. Bertindak sekarang – Memotivasikan langkah segera dengan tawaran masa terhad.
10. Semuanya termasuk / semua yang anda perlukan – Ini membuktikan bahawa produk atau perkhidmatan anda adalah apa yang pelanggan anda perlu beli untuk mencapai matlamat mereka.
11. Tidak perlu - Arahkan sebuah “faedah negatif,” seperti “tidak perlu risau lagi” atau “tidak perlu membayar lebih.”
12. Baru – produk atau perkhidmatan anda adalah kelebihan yang nyata dalam industri anda.
13. Jimat – Perkataan yang paling kuat untuk mempamerkan penjimatan kewangan bahkan penjimatan masa.
14. Terbukti – Mengingatkan pelanggan bahawa produk anda, perkhidmatan atau perniagaan cuba dan telah dibuktikan.
15. Selamat dan berkesan – “Terbukti” untuk mengurangkan persepsi risiko kesihatan dan kerugian.
16. Berkuasa – Biarkan pelanggan tahu bahawa perniagaan anda, produk atau perkhidmatan adalah ‘kuat’.
17. Hasil yang nyata / hasil dijamin – Pelanggan anda ingin hasil.
18. Rahsia – Tidak semua orang berjaya dan memang ada rahsia untuk berjaya. Biarkan pelanggan tahu anda boleh mendedahkan rahsia-rahsia tersebut.
19. Segera – Akses segera atau muat turun  segera adalah lebih menarik daripada menunggu.
20. Bagaimana untuk – Mulakan dengan solusi agar pelanggan membaca seluruh tulisan anda.
21. Elit- Pelanggan anda adalah antara yang terbaik di dunia. Undang newbie untuk menyertai kumpulan yang sesuai.
22. Premium – Premium membantu menandakan kualiti tinggi.
23. Oleh kerana – Jika ayat pemasaran anda bina kes untuk produk anda, frasa peralihan seperti “disebabkan oleh,” “Oleh itu,” dan “dengan itu” dapat membantu memperkuat logik pembelian.
24. Banyak lagi – Adakah anda menawarkan lebih daripada pesaing anda? Biarkan pelanggan anda tahu, kerana mereka mahu tawaran yang terbaik.
25. Tawaran – Kerana pelanggan mahu tawaran hebat, ingat?
26. Tidak perlu – Cipta “win-win situation” untuk pelanggan anda.
27. Jaminan wang dikembalikan 100% – Sekali lagi, tidak ada risiko.
28. Besar – Diskaun besar atau tawaran luar biasa adalah sukar untuk menolak.
29.  Kekayaan – Jika anda menjual produk dan perkhidmatan yang berkaitan dengan wang, kekayaan adalah perkataan yang wajar bagi pelanggan.
Kunci kejayaan adalah menggabungkan perkataan-perkataan menjadi frasa yang mencetuskan tindakan membeli. Sebagai contoh: “Dapatkan kesan yang nyata serta-merta – jaminan wang dikembalikan 100% – bertindak sekarang!” Kekalkan tulisan anda “short and sweet”, bermain dengan perkataan pencetus emosi dan anda akan meningkatkan pejualan produk anda.

3 Cara Pemasaran Efektif Sering di lakukan Oleh IM



 3 Cara Efektif Promosi Yang Anda Boleh Amalkan
.
.
.

Berikut Tips-tips ramai usahawan kerap lakukan


TIPS 1 : Bergiat aktif di forum-forum berkaitan produk affiliate yang ingin anda promosikan.Kongsikan pelbagai artikel bermanfaat untuk tatapan ahli forum tersebut bukan hanya promosi semata-mata. 


TIPS 2 : Bina blog, pastikan sentiasa update dengan artikel-artikel terkini yang berinfomatif, dengan cara ini, akan dapat free traffic dari search engine terus ke blog anda (blogspot pun boleh)


TIPS 3 : gunakan facebook sebagai medium pemasaran, boleh bina satu fanpage berkenaan produk yang ingin di promosikan, 

dengan cara ini anda boleh berinteraksi dengan prospek lebih mudah dan mesra 

Nak buat tapi "tiada produk" baca sini blueprintduitonline.blogspot.com bagaimana beliau hasilkan "duit" tanpa produk sendiri


 P/s : Sila share kerana cara ini boleh tingkatkan kredibiliti bukan anda sahaja tetapi followers anda 



"The More U Give The More U Get"






10 Perkara Asas Dalam Menghasilkan Perniagaan Affiliate Yang Menguntungkan..

Berikut adalah 10 perkara asas yang boleh anda amalkan untuk membentuk perniagaan affiliate yang menguntungkan :-

1.Memilih satu niche.

Jangan pilih satu produk tetapi pilih satu niche. Dalam banyak-banyak niche yang ada di pasaran, anda pilih satu niche yang lekat di jiwa anda. Rezeki tidak hanya ada pada niche make money online sahaja kerana terdapat banyak lagi niche yang boleh memberi keuntungan kepada anda seperti niche keluarga, niche pendidikan seks dan niche perkahwinan.Kunci di sini adalah anda memilih hanya satu niche bagi permulaan perniagaan anda supaya anda boleh fokus dengan segala kaedah pemasaran yang ada.


2.Mencari produk affiliate yang bermutu tinggi.

Untuk berjaya dalam perniagaan internet, anda perlu memilih dan mempromosi produk yang berkualiti tinggi. Produk yang berkesan dan berkualiti tinggi akan memberi tanggapan yang baik pada para pelanggan. Jadi, potensi untuk anda menghasilkan jualan adalah tinggi. Jangan tersilap langkah dan memilih produk yang menipu.

3.Bina website bagi setiap niche.

Jangan campur berbagai niche dalam satu blog atau website. Jika anda serius untuk mengaut keuntungan dalam perniagaan affiliate, anda perlu bina website khas bagi setiap niche yang anda promosikan. Dari sini, anda boleh fokus untuk menjadikan website anda itu one stop point bagi mereka yang mencari yang mencari produk mengenai niche yang anda pilih itu.

4.Sediakan bajet yang mencukupi atau promosi mengikut bajet anda.

Bagi mereka yang ada modal yang banyak, mereka mungkin boleh melakukan promosi melalui pay per click. Manakala bagi mereka yang tiada modal yang banyak mereka boleh tumpukan pada pemasaran percuma seperti pemasaran laman sosial, pemasaran artikel atau SEO. Kawal bajet anda supaya anda tidak membelanjakannya terlalu berlebihan.Bagi setiap website atau niche, anda peruntukkan bajet tertentu dan apabila sudah memperoleh untung, anda boleh labur semula untuk website tersebut bagi memperoleh ketuntungan yang lebih besar.


5.Sentiasa menarik terus pelanggan ke website anda.

Terdapat berbagai cara untuk menarik trafik terus ke website anda, antaranya adalah melalui pay per click, pemasaran artikel, SEO, press release dan bermacam-macam lagi. Konsep promosi anda adalah menarik pelanggan ke website anda.
   
6.Meletakkan link affiliate di dalam setiap post blog anda.

Jika anda ingin menjadi usahawan berjaya, jadilah seorang usahawan. Seorang usahawan sentiasa tidak melupakan aktiviti promosi walaupun mereka sedang tidur. Tinggalkan link affiliate di mana sahaja anda boleh tinggalkan jejak seperti di forum-forum, iklan direktori, blog comment dan lain – lain website.


7.Beri produk percuma untuk mengumpul senarai emel.

Setiap super affiliate pasti akan mengutamakan pengumpulan senarai emel. Ini kerana pemasaran emel adalah pemasaran yang paling santai sekali. Anda perlu ada senarai emel jika ingin bersaing dengan para otai.


8.Jadikan diri tempat pertanyaan.

Jika ada pelanggan atau pelawat website yang mempunyai masalah, jadikan diri anda tempat mereka mengadu. Sediakan sistem support di website anda supaya mereka senang untuk hubungi anda nanti.  Di dalam pemasaran affiliate, jangan sesekali anda mengurangkan jumlah potensi pembeli. Mewujudkan sistem support boleh merancakkan jualan anda.

9.Cuba menghasilkan pendapatan pasif.

Affiliate bagi produk yang melibatkan bayaran bulanan boleh memberi pendapatan pasif pada anda. Jika anda cukup yakin, anda patut cuba untuk mengutamakan produk yang ada bayaran bulanan. Pendapatan pasif adalah salah satu sumber pendapatan yang lumayan di internet. Contoh bagi pendapatan pasif adalah affiliate bagi autoresponder seperti aweber dan web hosting seperti hosgator.

10.Bekerja  mengikut jadual.

Perkara asas yang kesepuluh adalah apa yang anda rancangkan, anda ikut. Jangan sesekali berhenti bekerja sekali anda tidak selesaikan sesuatu tugas. Ini kerana sifat menangguh-nangguhkan kerja boleh membantutkan aktiviti promosi anda.


Download 

5 Tips buat Video




Adakah anda  suka untuk menyampaikan maklumat serta perkongsian melalui penulisan? Tidak semua orang suka menghasilkan kandungan di blog melalui penulisan bukan? Ada beberapa sebab yang membuatkan seseorang memang benci menulis, dan antara alasannya ialah mereka tidak suka menaip, tidak gemar mengarang (sejak zaman sekolah kurang minat) dan paling utama memang tiada idea bila mahu menulis.
Namun adakah anda perasan bahawa individu yang kurang gemar dalam penulisan ada kreativiti bilamana mereka berdepan dengan kamera? Jika andalah orangnya, maka mengapa tidak menggunakan kelebihan anda dalam menyebarkan maklumat melalui video? Ini lebih di panggil kepada vlogger (video + blogger).
Melalui rakaman video, anda juga boleh menghasilkan kandungan blog yang berkualiti. Jadi artikel ini saya tulis untuk memberi beberapa panduan buat anda bagi menghasilkan rakaman video yang bagus untuk blog anda.

Tips 1 :  Guna rakaman video berkualiti HD

Memang tidak di nafikan, rakaman video yang mempunyai kualiti HD amat di sukai oleh ramai penonton. Jika anda mahu menyampaikan perkongsian pendapat tentang satu-satu isu semasa, dan menggunakan perakam video yang berkualiti rendah, ada kemungkinan video anda kurang enak untuk di tonton.
Oleh itu, pastikan rakaman video anda kelihatan bagus dengan kualiti yang tinggi. Kebanyakan smartphone versi terkini pun sudah berupaya merakam video dalam kualti HD.

Tips 2 : Lontarkan suara dengan jelas

Jika anda menggunakan mikrofon untuk bercakap di hadapan kamera, gunakan suara yang jelas. Ada banyak individu yang ketika mana bercakap di hadapan kamera, suara mereka tenggelam timbul dan ini menyukarkan para penonton untuk mendengar setiap butir bicara si perakam.
Kedua, gunalah mikrofon yang berkualiti tinggi. Ada banyak mikrofon untuk rakaman yang mempunyai kualiti bagus di pasaran. Bilamana alat yang anda gunakan berkualiti maka hasil video anda juga akan kelihatan lebih menarik.

Tips 3 : Rakam di tempat yang khusus


Saya pernah membeli beberapa DVD pembelajaran dari beberapa penjual. Jika dahulu banyak maklumat di sampaikan dalam bentuk PDF dan sekarang ia banyak di sampaikan melalui video.
Sayangnya rakaman yang di jalankan penjual tersebut kurang bagus dan adakalanya bunyi kereta, ayam dan anak kecil kedengaran di belakang. Oleh itu bilamana anda mahu membuat recording, anda boleh melakukannya di tempat yang khusus seperti bilik tidur anda dan pastikan tiada orang yang akan datang menggangu.

Tips 4 : Lakukan dengan pencahayaan yang bagus

Jika anda lakukan rakaman di dalam ruang rumah, pastikan pencahayaan kelihatan bagus. Tips ini anda boleh ikut jika rakaman video anda menyertakan anda untuk berada di depan kamera.
Namun jika anda hanya merakam suara beserta dengan slide yang di sertakan bersama power point, maka tips ini boleh anda abaikan. Mungkin tips ini tidak penting namun rakaman dengan pengcahayaan yang betul juga boleh membantu video anda kelihatan lebih cantik. Jika tidak, selepas rakaman video, anda perlu edit semula kecerahan video anda.

Tips 5 : Editing

Edit video anda mengikut keperluan yang anda. Contohnya, anda mahu buat rakaman video tentang cara buat duit dengan ebay. Anda mungkin mahu meletakkan beberapa screen shot yang berkaitan, maka anda boleh adjust video anda dengan menggunakan beberapa software khas untuk mengedit video.
Jika ada antara laman web yang boleh anda masukkan ke video anda, maka anda boleh menambah elemen teks dan beberapa ciri-ciri tambahan lain.
Penutup:
Jika anda tidak berminat untuk menulis dalam membangunkan blog anda, maka mengapa tidak focus kepada pembangunan kandungan dalam bentuk video?
Jika di ikutkan, penerangan melalui video akan menarik perhatian ramai orang dan jika anda mahu berniaga di internet dengan menjual ebook sebagai contoh, rakaman video dengan paparan wajah anda akan memberi kesan yang lebih besar kepada prospek.
Oleh itu, jika anda tiada idea untuk menulis dalam menyampaikan sesuatu maklumat, info dan pembelajaran, mungkin anda boleh menggunakan video sebagai salah satu alternatif baru yang sedikit unik. Semoga berjaya !


Strategi Pemasaran Facebook yang kita terlepas pandang

Tips pemasaran facebook



Pengguna Facebook di Malaysia meningkat dengan kadar yang mendadak, sekarang ini terdapat hampir 11.5 juta rakyat Malaysia di Facebook.




Dalam pemasaran, mana-mana produk dan servis, saya tidak mengatakan anda harus tumpu 100% pada sosial media, ini kerana kajian menunjukkan pemasaran internet terbahagi kepada 4 medium iaitu:

Sosial media – 20%,
SEO (Search Engine Optimization) – 20%,
Email Marketing – 20%,
Dan lain lain – 40% 

Dari peratus di atas kita boleh buat kajian medium pemasaran mana yang menjadi pilihan..atau nak pilih semua?

saya syorkan buat satu-satu, ada peningkatan dan kemajuan baru buat yang lain. Dan jika anda nak panduan supaya lebih jelas sila download secara percuma di bawah

Strategi Pemasaran Facebook

Tips murah rezeki dengan solat dhuha

Fadhilat Solat Dhuha





“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.

Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat.


Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Kelebihan Amalan Solat Sunat Dhuha dan Surah Al-Waqiah:

  • Dimurahkan rezeki
  • Tidak akan miskin selamanya
  • Diampunkan dosa biarpun banyak seperti buih di lautan
  • Di akhirat kelak akan diseru oleh malaikat untuk mereka yang solat Dhuha
  • Di khususkan untuk mereka sebuah pintu yang bernama ‘Dhuha’ (Maksud hadis Rasullah s.a.w – Riwayat At-Tabrani)
*Bonus*

Tidak lupa juga tentang kelebihan surah Al-Waqiah. Surah yang mengandungi 96 ayat dan diturunkan di Mekah. 

Sehingga surah ini menjadi wasiat kepada anak-anak Sayidina ibnu Mas’ud ketika beliau hampir meninggal dunia supaya membaca surah ini.

Inilah khazanah ilmu yang harus digali dan dikaji mengapa hukum syarak menyuruh kita melaksanakan amalan sunat yang dua ini.

Kedua-dua amalan ini tersedia dalam kitab panduan Al-Quran. Tidak perlu bayaran untuk mendapatkannya.




Viral Marketing

Rahsia Pemasaran Viral




Jika anda menggunakan internet terutama Facebook untuk mempromosi bisnes online anda maka Anda PERLU BACA apa yang saya akan sampaikan.


Pengiklanan adalah salah satu perkara penting untuk mengembangkan bisnes. Ramai yang gagal mengembangkan bisnes disebabkan pengiklanan yang kurang berkesan.

Sekarang anda tak perlu lagi risau tentang kos pengiklanan yang mahal atau risau iklan anda tak ada orang nampak sebab Tools yang dipakai oleh Otai-Otai yang melakukan pemasaran secara online kini boleh anda MILIKI.

Tools ini saya gunakan untuk membuat iklan saya menjadi Viral di FB.

Ramai Otai-Otai yang membuat promosi melalui FB menggunakan tools ini semasa tools ini hanya digunakan untuk pemasaran Underground dan mereka berpuas hati.

Owner tools ini juga seorang Otai yang berpengalaman.

Sekarang anda juga boleh memiliki tools yang hebat ini. 




Imej di atas menunjukkan hanya 7 klik berjaya hasilkan 1 jualan.sangat powerfull dan berkesan.

jika anda kurang yakin kemampuan tools ini, anda boleh review kehandalan tools ini di bawah